Keluarga Pak Lah tersentuh dengan kemuliaan kata PM Anwar

Khairy Jamaluddin yang merupakan menantu kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi mewakili keluarga Perdana Menteri kelima itu mengakui tersentuh dengan kemuliaan kata Perdana Menteri.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri susulan jenazah Allahyarham Tun Abdullah yang dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

“Kami sekeluarga amat tersentuh dengan kemuliaan kata Datuk Seri terhadap ayahanda Pak Lah.

“Penghargaan jua kepada Datuk Seri dan kerajaan kerana memberi penghormatan kepada Pak Lah dengan mengizinkan satu istiadat pengkebumian yang teristimewa dan kebenaran untuk jenazahnya disemadikan di makam pahlawan bersama negarawan-negarawan yang lain,” kata bekas Menteri Kesihatan itu.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai “Pak Lah” meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam sesemalam.

BACA JUGA Ramai terkejut profesor kehormat tergamak hina PM, universiti mana tu?