Kedutaan Jepun di Malaysia kibar bendera separuh tiang
Kedutaan Jepun di Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Untuk menunjukkan rasa sedih dan berkabung, bendera negara itu dikibarkan separuh tiang.
“Amat menyedihkan apabila kita mengetahui tentang pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia.
“Ucapan takziah kepada keluarga beliau dan rakyat Malaysia,” titipnya di Facebook.
Perkongsian itu mendapat perhatian rakyat Malaysia yang mengucapkan terima kasih kepada Jepun kerana turut sama berduka dengan pemergian tokoh negarawan mereka.
Ketika ini tiga negeri mengumumkan bendera dikibar separuh tiang iaitu Perak, Pahang .dan Perlis.
BACA JUGA Gambar paling mahal Anwar bersalaman dengan Mahiaddin, Azmin Ali