Puad pulangkan paku buah keras kepada Dr Mahathir, contohi Pak Lah
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Zarkashi memulangkan paku buah keras kepada mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Memang tepat apabila Tun Mahathir menyifatkan allahyarham Pak Lah lambang kepimpinan berhemah dan matang yang wajar dicontohi. “Dia akur bila didesak letak jawatan”.
“Pak Lah juga tidak pernah tinggalkan UMNO walaupun dia dalam Team B ketika itu. Dia tidak tubuh parti baru apa lagi mahu membunuh UMNO.
“Dia bukan tokoh autokratik sampai puluhan tahun mahu jadi Perdana Menteri. Betullah, contohilah Pak Lah.
“Dia tidak ada masalah letak jawatan sampai UMNO perlu diharamkan. Dia tidak pernah berusaha untuk jadi PM lagi setelah bersara. Apa lagi untuk jadi PM interim. Dia legasi yang dicontohi. Jangan contohi hipokrasi.
Dr Mahathir dilaporkan berkata bahawa allahyarham Tun Abdullah Badawi akur apabila didesak meletakkan jawatan.
Tun Abdullah kembali ke rahmatullah pada pukul 7.10 petang pada 14 April dan beliau dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat Zohor semalam.
BACA JUGA: Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia