Sin Chew Daily sedang disiasat di bawah dua akta, kata KDN
Kementerian Dalam Negeri mengesahkan akhbar Sin Chew Daily sedang disiasat dibawah dua akta berkaitan.
Akta-akta tersebut adalah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar 1963 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Perbuatan menyiarkan Jalur Gemilang tanpa symbol bulan sabit yang merupakan lambing kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan adalah satu kecuaian serius dan tidak sewajarnya dilakukan.
“Selain itu perbuatan ini juga bukan sahaja mencerminkan kelalaian profesionalisme malah boleh mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini.
KDN berkata demikian dalam satu kenyataan ekoran penerbitan Jalur Gemilang bersama bendera China semalam. Jalur Gemilang tersebut tidak mempunyai bulan sabit.
KDN juga mengesahkan bahawa pihak Sin Chew Daily telah dipanggil untuk siasatan dan surat tunjuk sebab telah diberikan.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain turut mengesahkan perkara ini sedang disiasat di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
BACA JUGA: Tergamak tuduh PMX begitu, rupanya lebai ini boleh percaya fitnah Papagomo