SSM perkenal inisiatif baharu sempena sambutan ulang tahun ke-23

FOTO BERITA: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri & Sambutan Ulang Tahun Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Ke-23 disempurnakan oleh YBM Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Grand Ballroom Hotel Hilton Kuala Lumpur. 15hb April 2025 (Selasa)

Suasana penuh kemeriahan dan muhibah mewarnai Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri & Sambutan Ulang Tahun Ke-23 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta melancarkan beberapa inisiatif penting. Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan agihan wakalah zakat korporat SSM dan sumbangan tanggungjawab sosial korporat kepada lima pesara SSM yang sakit kronik berjumlah keseluruhan RM45,000 dan pemberian duit raya kepada anak-anak yatim. Hadir sama YB Senator Hajah Fuziah Salleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang ke-23, mengumumkan empat inisiatif penting bagi tahun 2025 yang dirangka khusus untuk memperkukuh landskap perniagaan negara dan memberi manfaat langsung kepada komuniti usahawan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Sejak penubuhannya pada 16 April 2002, SSM sebagai agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan mandatnya sebagai pendaftar dan pengawal selia korporat negara, berlandaskan visi “Untuk Menjadi Pendaftar dan Pengawal Selia Korporat Terulung.”

Antara pencapaian terbaharu termasuk pelaksanaan dua pindaan penting kepada kerangka perundangan korporat negara iaitu Akta Syarikat (Pindaan) 2024 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024.

Inisiatif Baharu SSM 2025 antaranya Perkhidmatan e-Advertisement SSM
Menerusi Seksyen 76A Akta PLT (Pindaan) 2024, PLT yang ingin menjalani proses penggulungan secara sukarela kini boleh menyiarkan notis melalui platform e-Advertisement SSM dengan bayaran hanya RM500. Notis ini akan dipaparkan selama tujuh hari di laman web rasmi SSM dan boleh diterbitkan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau kedua-duanya.
Inisiatif ini menggantikan keperluan pengiklanan di akhbar nasional dan memberi alternatif lebih murah, mudah dan efektif, khususnya bagi entiti di kawasan luar bandar yang menghadapi isu edaran akhbar fizikal.

Pengurangan Kompaun & Diskaun Fi e-Advertisement
PLT yang layak dan mengemukakan permohonan penggulungan sukarela sebelum atau pada 30 September 2025 akan ditawarkan pengurangan kompaun sehingga 95% dan diskaun fi e-Advertisement kepada RM100.

Pengurangan Kompaun & Diskaun Fi e-Advertisement
PLT yang layak dan mengemukakan permohonan penggulungan sukarela sebelum atau pada 30 September 2025 akan ditawarkan pengurangan kompaun sehingga 95% dan diskaun fi e-Advertisement kepada RM100.

Pengurangan Kompaun Kesalahan Lazim
Pengurangan kompaun sebanyak 90% turut ditawarkan kepada syarikat dan PLT yang terlibat dalam kesalahan lazim di bawah Akta Syarikat 1965/2016 dan Akta PLT 2012, sah sehingga 30 September 2025.

Pemotongan Nama Sukarela dengan Diskaun Kompaun
Syarikat yang ingin memohon pemotongan nama secara sukarela di bawah Seksyen 550 Akta Syarikat 2016 dan telah dikenakan kompaun boleh menikmati pengurangan sehingga 95% jika permohonan dibuat sebelum 30 September 2025.

KPDN dan SSM akan meneruskan pelaksanaan program sedia ada yang terbukti memberi impak positif kepada komuniti usahawan.

Antaranya, Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) akan diteruskan untuk golongan B40, pelajar sepenuh masa institusi pengajian tinggi, serta pasangan kepada usahawan B40, dengan pengecualian fi pendaftaran tahun pertama.

Selain itu, Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) juga diteruskan, menawarkan pengecualian fi pendaftaran dan pembaharuan perniagaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi membolehkan mereka menceburi bidang perniagaan secara sah di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Para usahawan serta komuniti korporat untuk mengambil peluang keemasan ini bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap undang-undang serta menyumbang kepada pembentukan persekitaran perniagaan domestik yang lebih berdaya saing, mampan dan inklusif.