Tulisan kalimah Basmallah, bahasa Arab daripada PM Anwar raih pujian

Ramai dilihat memuji tulisan tangan Perdana Menteri pada nota takziah sempena majlis pengebumian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Tulisan tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengenang pemergian Perdana Menteri kelima Malaysia itu dimulakan dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang).

“Takziah kepada sahabat, negarawan negara yang berbakti sepanjang hayat.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya,” tulis Perdana Menteri.

Ucapan takziah Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Tambun berusia 77 tahun itu turut diakhiri dengan ungkapan dalam bahasa Arab.

“Semoga rahmat Allah tercurah kepadamu,” maksud ayat dalam bahasa Arab itu.

Diakhiri dengan tandatangan beliau, rata-rata mengagumi gaya tulisan Anwar yang telah dinobatkan sebagai individu ke-15 paling berpengaruh di kalangan tokoh Muslim di seluruh dunia itu.

“Subhanallah. Jika orang hatinya hitam, jiwanya kotor, takkan biasa menulis titipan seperti ini,” kata Malik Faishal.

“Lenggok tulisan jawi itu tanda orangnya sudah terbiasa menulis jawi. Nampak lancar dan tak kekok,” puji Mar Mariani.

“Bila seorang negarawan menggelar individu lain negarawan…,” tulis Ben Erwan pula.

BACA JUGA: Tergamak tuduh PMX begitu, rupanya lebai ini boleh percaya fitnah Papagomo