23 NGO lapor polis pengguna FB buat komen jelik terhadap Allahyarham Pak Lah

Kira-kira 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap seorang pengguna Facebook bernama Bat Tuo Sai yang memuat naik komen penghinaan terhadap bekas Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat, Razali Zakaria berkata, beliau dan NGO lain melihat satu komen dibuat individu berkenaan yang disebarkan melalui kumpulan WhatsApp.

Individu tersebut meninggalkan komen pada satu laman berita media tempatan yang menghina Allahyarham Tun Abdullah dengan ayat “alfucktihah” serta “semoga dicucur api neraka”

“Komen tersebut menjadi pertikaian dalam kalangan netizen. Ia boleh menjejaskan keharmonian agama dan kaum serta menjejaskan keselamatan negara jika tidak bendung,” demikian laporan polis dilihat Harapan Daily.

Komen jelik dibuat pengguna terbabit telah melanggar beberapa peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Seksyen 233 kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian dengan memuat naik kandungan yang bersifat fitnah, palsu, atau menyebabkan kegusaran dalam masyarakat.

Hasil semakan, ini bukan kali pertama individu terbabit membuat komen jelik terhadap umat Islam. Dia juga telah mengubah nama Facebook untuk elak dikesan

Beberapa tangkap layar disebarkan pengguna media sosial menunjukkan banyak komen dibuat individu itu yang menghina agama Islam.

BACA JUGA Siapa dia Cayson Goh? Biadab sungguh hina Agong sampai tahap itu