Bekas calon PRN Johor didakwa songlap duit pertubuhan RM21,000
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menyalahgunakan wang pertubuhan berjumlah RM21,000, lima tahun lalu.
Tertuduh, Abdul Aziz Harun, 50, merupakan bekas calon sebuah parti politik yang bertanding di DUN Tiram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.
Dia membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Tertuduh merupakn bekas pengerusi Pertubuhan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Johor Bahru.
Menurut laporan media, dia didakwa menyalahgunakan RM21,000 milik pertubuhan terbabit di sebuah bank cawangan Bandar Baru Permas Jaya di Johor Bahru pada 9 Oktober 2020, 29 November 2021 dan 31 Disember 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali Pertubuhan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Johor Bahru sudah dibubarkan dan tertuduh tiada jawatan dalam mana-mana parti politik ketika ini.
Hasil semakan tertuduh merupakan bekas calon mewakili parti Pejuang. Dia merupakan Bendahari Pejuang Johor.
Pejuang diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
BACA JUGA Malaysia dapat kelulusan eksport kelapa segar ke pasaran China