Terkini Ketua Editor, pereka grafik Sin Chew Daily ditahan

Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu.

Bernama melaporkan, kedua-dua pengarang kanan tersebut telah dibawa ke pejabat bagi mendapatkan komputer serta barang berkaitan kes.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini.

“Kedua-dua individu akan dibebaskan dengan jaminan polis malam ini,” katanya memetik agensi berita itu.

Terdahulu Sin Chew memaklumkan telah menggantung dua pengarang kanannya susulan penyiaran grafik Jalur Gemilang yang tidak lengkap.

Razarudin berkata setakat ini, pihaknya menerima 40 laporan berhubung isu itu di seluruh negara dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

BACA JUGA Kecoh isu ladang babi, tular balik jawapan Razman semasa ditanya media