Persepsi mengarut berkenaan Majlis Media Malaysia dan hakikat sebenarnya
Cytro pembangkang, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sudah memulakan persepsi mengarutnya. Kali ini berhubung pendanaan Majlis Media Malaysia.
Papagomo mendakwa bahawa media pro Pakatan Harapan menerima dana asing khususnya dari Israel dan Amerika.
Papagomo turut mendakwa PH membenarkan dana asing diterima oleh media tempatan setelah menjadi kerajaan dan ini menggugat kedaulatan negara.
“Jika negara barat salurkan dana pada media tempatan maka apa faedah untuk mereka yang mendanai media tempatan tersebut ?
“Anda semua pasti tahu media media dalam dunia hari ini penyumbang dana terbesar adalah datangnya dari Israel. Malah banyak media antarabangsa dimiliki taikun Yahudi.
“Adakah anda semua boleh fikir dan bayangkan negara ini dimasa hadapan bila mana media tempatan didanai dan dimiliki bangsa asing khususnya Yahudi?” Papagomo menulis di Facebook.
Tetapi apakah itu kebenarannya?
Seksyen 17(4) Akta Majlis Media Malaysia secara jelas menyatakan Majlis Media Malaysia tidak boleh menerima apa-apa dana asing.
Seksyen 17(5) menjelaskan bahawa Majlis Media boleh menerima dana asing daripada individu atau pertubuhan asing tanpa syarat.
Itupun untuk meningkatkan kesedaran dan Pendidikan berhubung industri media dan ini tertakluk pada kelulusan Menteri.
Dana utama untuk Majlis Media adalah terdiri daripada peruntukan Parlimen, fi dan dan projek yang dibiayai oleh Kumpulan Wang Majlis Media.
Sumber dana lain wang yang diperoleh daripada harta, pajakan, penyewaan, gadai janji, derma dan pembayaran kepada Majlis Media.
Ketika pembentangan RUU Majlis Media Malaysia, bukan semua ahli Perikatan Nasional membantah peruntukan-peruntukan di dalam akta ini.
Buktinya ada di dalam Hansard Dewan Rakyat.
Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) bersetuju dengan peruntukan-peruntukan tersebut.
Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) membantah peruntukan-peruntukan tersebut.
Besar kemungkinan Papagomo tidak bertanya dengan ahli parlimen Perikatan Nasional sebelum membuat tohmahan membabi buta.