Janganlah kita jadi pentaksub Hadi Awang…
Membuat kenyataan bahawa Nabi Muhammad SAW mendahulukan kemenangan politik berbanding melaksanakan umrah atau haji adalah dakwaan yang mengelirukan.
Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Amidi Abdul Manan mengingatkan Abdul Hadi bahawa bulan Zulkaedah merupakan bulan haram berperang dalam budaya masyarakat di Jazirah Arab ketika itu.
Atas pertimbangan tersebut, Rasulullah SAW memberikan mesej yang jelas kepada para pengintip Quraisy Mekah, bahawa tujuan Baginda ke Mekah bukan hendak berperang tetapi menunaikan ibadah umrah/ ziarah Baitullah.
Apabila terdapat halangan untuk meneruskan tujuan asalnya, maka Baginda tiada pilihan selain memeterai perjanjian.
“Sebab itu Baginda berihram di Bir Ali. Orang yang berihram dilarang berperang. Apatah lagi dalam bulan haram.
“Itulah ketulusan niat dan tujuan nabi keluar dari Madinah, jelas dan ikhlas. Tanpa sebarang perkiraan politik.
“Jika diteruskan niat asal maka pertempuran akan berlaku, maka Baginda akan dituduh menggunakan agama (berihram) untuk berperang,” jelasnya.
Beliau berkata demikian mengulas ucapan Tan Sri Abdul Hadi Awang menegenai keutamaan untuk mendahulukan kemenangan politik berbanding tunai umrah dan haji.
Beliau berkata, ia mengambil ibrah peristiwa Rasulullah SAW yang dihalang melaksanakan umrah hingga termeterainya perjanjian Hudaibiyah.
Kata Amidi, jelas amat jauh perbezaan perjuangan antara Abdul Hadi dengan perjuangan Nabi Muhammad yang tidak mengizinkan sebarang ruang untuk perjuangan murni Islam difitnah dan diburukkan.
“Maka marilah kita menjadi pentaksub Allah dan pentaksub Rasulullah, jangan kita menjadi pentaksub Haji Hadi,” ujarnya.
BACA JUGA Isu Kg Sg Baru: Khalid Samad saman Rafidah Ibrahim kerana memfitnah