Majlis Jamuan Salam Rahmah Aidilfitri Kuala Langat 2025 meriah di Kampung Kelanang

FOTO BERITA: Majlis Jamuan Salam Rahmah Aidilfitri Kuala Langat 2025 Hadir bersama Tuan Hj Hasnul Baharuddin Ketua Amanah Kuala Langat di Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang Banting Kuala Langat, Selangor. 20hb April 2025 (Ahad)

Majlis Jamuan Salam Rahmah Aidilfitri Kuala Langat 2025 berlangsung meriah dengan kehadiran penduduk setempat di Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang, Banting, Kuala Langat hari ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Tuan Hj Hasnul Baharuddin, Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Kuala Langat, turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Papparaidu Veraman ADUN Banting bagi meraikan sambutan Aidilfitri bersama komuniti setempat dalam suasana penuh harmoni dan muhibah.

Program ini dianjurkan sebagai salah satu usaha memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat, di samping memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk Kuala Langat.

Para tetamu yang hadir menikmati pelbagai juadah tradisional Aidilfitri serta persembahan kebudayaan yang menceriakan suasana. Turut diadakan sesi ramah mesra bersama pemimpin setempat serta penyampaian sumbangan kepada golongan memerlukan.

Menurut Tuan Hj Hasnul, majlis seumpama ini bukan sahaja meraikan Syawal tetapi juga menjadi platform penting dalam memperkukuh nilai kebersamaan dan kasih sayang dalam masyarakat. “Aidilfitri adalah waktu terbaik untuk kita kembali merapatkan hubungan dan menyemai nilai rahmah sesama insan,” katanya.

Majlis tersebut mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar dan diharapkan akan terus menjadi tradisi tahunan dalam menyatukan masyarakat Kuala Langat.

Antara pengisian majlis termasuklah jamuan raya,serta penyampaian sumbangan duit raya kepada kanak-kanak dua belas tahun kebawah dan cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api

e