Majlis Lebaran Rahmah DUN Batu Tiga dan Parlimen Shah Alam eratkan silaturrahim komuniti

FOTO BERITA : Majlis Lebaran Rahmah Aidilfitri anjuran Dun Batu Tiga bersama MPP Zon 6 & MPP Zon 8 MBSA serta Parlimen Shah Alam. Hadir bersama YB Danial Al-Rashid, ADUN Batu Tiga dan YB Hj. Azli Yusof Ahli Parlimen Shah Alam di Dewan MBSA (KEKWA), Seksyen 17, Shah Alam Selangor. 20hb April 2025 (Ahad)

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dan silaturrahim itu turut diserikan dengan kehadiran YB Danial Al-Rashid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga dan YB Hj. Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam.

Majlis turut dihadiri antaranya Orang Besar Daerah Petaling Dato’ Emran Kadir, Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof serta mantan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, YB Dato’ Ir. Izham Hashim dan YB Mariam Abdul Rashid

Program ini bertujuan meraikan penduduk setempat sempena sambutan Aidilfitri di samping mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat. Para hadirin terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas, keluarga muda dan anak-anak yang turut memeriahkan suasana dengan pakaian tradisional masing-masing.

“Sepanjang dua tahun ini, banyak kerjasama kita jalinkan. Dengan kerbersamaan dalam majlis ini dapat menghubungkan silaturahim dan program dapat berjalan lancar,” kata YB Danial

Antara pengisian majlis termasuklah jamuan raya, persembahan kebudayaan, serta penyampaian sumbangan duit raya kepada kanak-kanak dua belas tahun kebawah dan pertandingan pakaian tercantik

Majlis Sambutan Aidilfitri DUN Batu Tiga meriah apabila kira-kira 3,000 yang hadir menikmati pelbagai juadah dan minuman disediakan.
















