‘Beri penjelasan kenapa pampasan Kg Sg Baru rendah’

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa serta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dicabar untuk memberikan penjelasan mengenai jumlah pampasan tidak wajar yang diberikan kepada penduduk Kampung Sungai Baru.

Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, pampasan RM450 kaki persegi adalah sangat rendah dan tidak munasabah, berbanding penilaian JPPH untuk tanah bersebelahan iaitu kawasan tanah MAS yang ditetapkan RM1,000 sekaki persegi semasa era Pakatan Harapan (PH).

“Saya nak cabar untuk menjelaskan kenapa penilaian Kampung Sungai Baru begitu rendah berbanding penilaian dibuat mereka terhadap tanah MAS.

“Ini satu kecelaruan dan tak munasabah yang sehingga hari ini tak dijelaskan,” kata Khalid.

Dalam perkembangan lain, Khalid mengalu-alukan sidang media yang akan diadakan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, sepatutnya Johari sejak awal lagi perlu terlibat dalam isu ini kerana ia berada di kawasannya.

Beliau mahu tahu apa penjelasan Johari dalam isu ini dan apa langkah yang telah dilakukannya dalam membela penduduk yang teraniaya.

“Saya alu-alukan. Memang sepatutnya dari awal dia terlibat kerana ini kawasan dia. Kita nak penjelasan beliau.

“Saya nak tahu apa Johari Ghaani lakukan untuk mmbela nasib penduduk dan saya menunggu-nunggu penjelasan yang akan dibuat kerana dia Ahli Parlimen Titiwangsa,” ujarnya lagi.

BACA JUGA Isu Kg Sg Baru: Khalid Samad saman Rafidah Ibrahim kerana memfitnah