Perkasakan sukan ragbi demi maruah sukan negara

FOTO BERITA: Mahasiswa Amanah Nasional hari ini menggesa agar sukan ragbi diberi perhatian yang lebih serius oleh pihak kerajaan dan semua pihak berkepentingan dalam pembangunan sukan tanah air. (Foto: Facebook Asia Rugby)

Menurut Muhammad Nazhan Mohd Noor Fauzi (gambar bawah) Jawatankuasa Pimpinan Mahasiswa Amanah Nasional, sukan ragbi yang sering dilihat sebagai sukan sampingan, sebenarnya memiliki potensi besar untuk mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Namun begitu, kedudukan Malaysia yang sebelum ini berada di tangga ke-49 dunia telah merosot ke tangga ke-50. Perkembangan ini amat membimbangkan dan mencerminkan keperluan mendesak untuk merangka semula strategi pembangunan sukan ragbi negara.

Sudah tiba masanya kita tidak hanya melihat ragbi sebagai sukan sampingan, tetapi sebagai simbol semangat perjuangan dan kebanggaan negara,” tegas beliau

Sehubungan itu, Mahasiswa Amanah Nasional mengemukakan enam cadangan utama demi memperkasakan sukan ragbi negara antaranya, Mempebanyakkan penganjuran kejohanan ragbi, memasukkan ragbi sebagai salah satu sukan utama dalam program pendidikan jasmani di sekolah, menubuhkan akademi pembangunan ragbi di setiap zon utama negara, menjalin kerjasama stratergik, menggiatkan promosi sukan ragbi dan memberikan insentid dan pengiktirafan.

Mahasiswa Amanah Nasional percaya bahawa dengan pelaksanaan yang menyeluruh dan sokongan padu daripada kerajaan serta pelbagai pihak, Malaysia mampu mengembalikan kegemilangan ragbi di peringkat Asia dan seterusnya mara ke pentas dunia.