Rombakan kabinet pada bulan Disember kerana apa?

Kekosongan portfolio Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri yang kini dipegang oleh Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam bulan Disember dilihat sebagai alasan yang akan membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan rombakan kabinet pada bulan Disember.

Felo kanan Nusantara Academy for Strategic Research Azmi Hassan berkata kuota untuk jawatan ini wajar kekal dengan Umno untuk mengekalkan keharmonian di dalam Kerajaan Perpaduan.

Justeru itu, Azmi percaya MP Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ialah calon paling sesuai untuk menggantikan Zafrul.

Tempoh khidmat Zafrul sebagai senator tamat dalam bulan Disember.

“Rombakan boleh dibuat menukarkan Johari dari Kementerian Perladangan dan Komoditi ke Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

“Ini kerana kita telah melihat kerja dan prestasi Johari di dalam sektor perladangan dan bagaimana beliau menangani cabaran yang diberikan oleh Eropah dalam isu kelapa sawit. Kredibilitinya diperlukan untuk menjadi Menteri.

“Masa terbaik untuk rombakan ialah apabila tempoh Tengku Zafrul sebagai senator tamat dalam bulan Disember dan ini mewujudkan sebab yang sah untuk rombakan.

“Perdana Menteri juga pasti mahu mengelakkan rombakan kerana banyak parti dalam kerajaan,” kata Azmi, lapor Scoop.

Namun realitinya ialah Zafrul mendapat kedudukannya dari kuota Umno. Ia juga jawatan menteri kritikal sewaktu Malaysia berdepan isu tarif Amerika Syarikat.

Sebelum ini Anwar telah menolak kemungkinan rombakan cabinet seusai konvensyen DAP.

Terbaharu beliau menafikan pemilihan cabang PKR akan menjadi punca untuk rombakan berlaku.

BACA JUGA: Rombakan Jemaah Menteri? Tiada keperluan