Tarif timbal balik: PM akan beri penjelasan dalam sesi parlimen khas
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan penjelasan berhubung tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarika dalam sesi parlimen khas pada 5 Mei.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata sesi ini akan bermula dengan penjelasan oleh Anwar dan tamat dengan jawapan dari Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Sesi ini diadakan susulan pertemuan di antara Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Wakil Perdagangan Amerika Jamieson Greer dengan perwakilan yang berkaitan.
Pertemuan ini dijadualkan berlangsung esok.
“Sejurus selepas sesi penjelasan PM, satu sesi debat melibatkan blok kerajaan dan pembangkang akan berlangsung supaya mereka boleh berkongsi pandangan,” kata Fahmi dalam satu siding media di kementeriannya.