Keputusan SPM 2024: Apa kata Perdana Menteri?
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumumkan hari ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap mereka dapat meneruskan usaha dan tekad untuk menuntut ilmu sehingga ke peringkat lebih tinggi.
Dalam masa sama, beliau menasihati pelajar yang kurang bernasib baik agar tidak berputus asa, sebaliknya terus berusaha dan mengambil peluang terhadap pelbagai laluan pendidikan lain yang disediakan.
“Kerajaan MADANI sentiasa bekerja kuat membantu anak-anak Malaysia melalui sistem pendidikan tinggi yang berkualiti selain inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang membuka laluan alternatif ke arah masa depan yang lebih cerah,” kata Anwar.
Analisis keputusan SPM 2024 menunjukkan bilangan calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, meningkat kepada 14,179 orang atau 3.7 peratus berbanding 11,713 calon pada 2023.

BACA JUGA Bukan Anthony mahu tukar nama KTM, ini senarai kerja kuat Menteri Pengangkutan