PN, usah mimpi di siang hari
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin agar Umno bekerjasama dengan PN untuk membentuk kerajaan negeri Perak bagaikan mimpi di siang hari.
Zahid berkata cadangan Hamzah bahawa Kerjasama Umno-PN akan berjaya menyelesaikan pelbagai masalah di Perak termasuk ladang babi haram.
“Bagus kalau dibuat lebih lama dulu (kerjasama Umno dan PN bentuk kerajaan), tapi kalau di PRK Ayer Kuning ini baru ada cadangan macam itu saya ingat ini pukul 12.30 tengahari kalau mimpi maknanya mimpi di siang hari,” katanya pada sidang media.
Zahid turut menyangkal dakwaan Hamzaan bahawa penyokong Umno cenderung ke arah PN ekoran kerjasama BN dengan DAP.
Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata, dakwaan tersebut dibuat oleh PN kerana sedar mereka mula hilang sokongan rakyat.
“Dulu mereka juga bekerjasama dengan DAP, jadi tidak timbul masalah ini dan pengundi pun tak lagi tertarik.
“Isu dimainkan pembangkang dalam kempen juga isu berulang bukan hanya di Ayer Kuning tapi PRK Mahkota, Nenggiri, Pelangai serta kawasan lain,” katanya