BN jauh mendahului, PN nombor dua, undi PSM meningkat
Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir jauh mendahului dua calon lain dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning setakat jam 7.30 malam.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa BN memperoleh majoriti 3,275 undi setakat ini.
Jumlah itu melibatkan 41 daripada 67 saluran yang telah dikira.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan rasmi PRK berkenaan diumum seawal jam 9 malam.
Seramai 31,281 pengundi berdaftar bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
BACA JUGA PRK Ayer Kuning: Proses penjumlahan undi bermula