MPP Zon 23 Sungai Buloh anjur Majlis Aidilfitri, eratkan silaturrahim

FOTO BERITA: Majlis Kesyukuran Salam Rahmah Aidilfitri anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Zon 23 Sungai Buloh bersama YB Hajah Mariam Abdul Rashid Ketua Amanah Kawasan Sungai Buloh merangkap ADUN Meru di Dewan MBSA Paya Jaras, Sungai Buloh Selangor. 26hb April 2025 (Sabtu)

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Hajah Mariam Abdul Rashid, Ketua Amanah Kawasan Sungai Buloh merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru. Turut sama memeriahkan majlis ialah Setiausaha Amanah Selangor, AR Kamarul Hisham Hj Yeop Hashim , Mohd Khairuddin Othman Penyelaras DUN Paya Jaras dan pimpinan kawasan

Dalam ucapannya, YB Hajah Mariam menyeru agar semangat perpaduan dan nilai kesyukuran terus diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat, selari dengan semangat Aidilfitri yang membawa mesej rahmah dan kasih sayang.

“Kehadiran sambutan Aidilfitri berbilang kaum, ini bermakna kestabilan negara khususnya negeri Selangor menunjukkan kemeriahan, aman dan keharmonian” hujah beliau.

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti jamuan raya, sesi ramah mesra bersama penduduk serta penyampaian cenderahati, yang bertujuan mengeratkan hubungan antara pemimpin dan komuniti setempat.

Majlis dimeriahkan lagi dengan pertandingan pakaian tercantik, gerai hiasan paling kreatif dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen MPP Zon 23 dan kepimpinan Amanah dalam mendekati masyarakat dan membina keharmonian dalam suasana yang penuh kemesraan dan kekeluargaan.














