Masa minta peruntukan tunjuk muka manis, bila dah dapat…
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegur sikap pemimpin pembangkang yang bermuka manis saat meminta peruntukan, tetapi di belakang selepas peruntukan diluluskan mereka kembali menghentam kerajaan.
Ahmad Zahid berkata, tidak salah untuk berbeza pendapat namun jangan sampai menghenta seolah-olah tidak berterima kasih.
Katanya, beliau tidak mahu menyebut siapa individu berkenaan namun itulah yang berlaku di negeri pembangkang.
“Saya lumat (dihentam), tidak salah untuk kita berbeza pendapat. Janganlah, masa minta muka senyum, muka 10 sen. Bila dapat hentam Perdana Menteri balik.
“Jangan begitu, mesti bersyukur dan terima kasih,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kesedar hari ini.
Ahmad Zahid berkata, sikap begitu perlu diubah kerana ia sesuatu yang tidak baik.
“Benar ada peruntukan yang harus disalurkan, tapi yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah atas semangat Kerajaan MADANI. Salah satu sikap kerajaan MADANI adalah ihsan,” ujarnya.
BACA JUGA SKMM sahkan pempengaruh disiasat babit cubaan dedah data peribadi tanpa kebenaran