Inilah rupanya rumah yang perlukan Akta Pembaharuan Semula Bandar

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memimpin Ekspedisi Pembaharuan Semula Bandar (XPDC PSB) dan melawat tapak perumahan bertingkat lama using dan tidak sesuai untuk didiami di sekitar ibu negara.

Antara lokasi yang dilawati termasuk Flat Sutera Taman Desa Bakti dan Flat Taman Kuchai Jaya – dua contoh kawasan perumahan lama yang memerlukan campur tangan segera.

Rombongan turut dibawa ke projek pembaharuan yang berjaya seperti 1 Razak Mansion dan Residensi Kerinchi bagi memperlihatkan potensi sebenar transformasi yang boleh dicapai menerusi kerjasama pelbagai pihak.

XPDC PSB ini disertai oleh Ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan pengamal media.

Program ini membolehkan para pembuat dasar mendapat pendedahan langsung tentang keperluan mendesak untuk memulakan proses pembaharuan semula bandar melalui penggubalan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB).

Antara pembuat dasar yang menyertai program ini ialah Azli Yusuf (PH-Shah Alam), Datuk Siti Aminah binti Aching (BN-Beaufort), Teresa Kok (PH-Seputeh), Senator Roderick Wong Siew Lead, Senator Amir Md Ghazali dan YB Senator D Isaiah Jacob.

XPDC ini menjadi platform penting bagi memberikan gambaran menyeluruh tentang isu-isu lapangan kepada Ahli Parlimen sebelum pembentangan rasmi RUU PSB di Parlimen yang dijangka berlangsung penghujung Jun 2025

Usaha ini amat penting bagi merangka penyelesaian holistik terhadap isu-isu perumahan bertingkat lama yang berisiko dari segi struktur, keselamatan dan kebersihan.

BACA JUGA: Pemimpin DAP ‘anti-Melayu’, ‘anti-Islam’, apa dia buat?