Luar biasa ADUN PN ini mengamuk anggap nyanyi Negaraku ‘unusual’
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dari Perikatan Nasional (PN) bersikap ‘luar biasa’ apabila menganggap nyanyian lagu Negaraku dalam persidangan DUN sebagai ‘unusual’.
ADUN Sungai Udang, Dr. Mohd Aleef Yusof dilihat berang menjelaskan sebab mengapa dia tidak berdiri dengan menegaskan tindakan itu sebagai luar biasa.
“Saya tidak buang masa… sebab ini unusual!” katanya dalam nada yang teramat marah.
Wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkenaan kemudiannya mengulangi hujah ‘unusual’ itu sambil mempersoal sama ada nyanyian lagu Negaraku pada awal persidangan sebagai kesilapan.
“Apakah ia merupakan kesilapan? Ia luar biasa.
“Tiba-tiba kita kena berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku,” tegas bekas doktor perubatan itu lagi.
Amalan biasa
Susulan pendirian pelik ADUN itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ibrahim Durum menjelaskan tentang amalan menyanyikan Lagu Kebangsaan Negaraku dalam kerajaan negeri Melaka.
“Setiap jam 10 pagi, akan menyanyikan lagu Negaraku. Itu dalam pentadbiran negeri Melaka. Mungkin Sungai Udang tak masuk (Dewan) pukul 10 waktu kerajaan negeri Melaka…
“Jadi, itu amalan biasa,” kata beliau.
Untuk rekod, amalan menyanyikan lagu “Negaraku” dan lagu negeri “Melaka Maju Jaya” dilaksanakan setiap Isnin pada jam 10 pagi.
Amalan itu telah diperluaskan kepada semua jabatan dan agensi kerajaan negeri hingga menjadi rutin mingguan dalam kalangan penjawat awam di Melaka.
BACA JUGA Kesombongan Pas di Ayer Kuning