AMANAH kongsi keadaan terbaru Suhaizan, minta henti spekulasi boleh cetus panik
AMANAH Johor meminta orang ramai menghentikan spekulasi tidak tepat mengenai kesihatan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat.
Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, banyak maklumat dan sumber mengenai Suhaizan telah menimbulkan panik sehingga banyak persepsi yang timbul.
Menurut beliau, keadaan Suhaizan kini dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke sebuah hospital swasta malam tadi.
“AMANAH Johor berharap agar segala persepsi ini dapat dihentikan dan kami akan memaklumkan situasi terkini Suhaizan kepada umum.
“Kami berharap agar tidak ada pihak yang mendahului maklumat dengan menyebarkan kenyataan yang tidak sah serta menambah tegang terhadap situasi serta kesihatan YB Suhaizan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Terdahulu, Suhaizan dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami demam dan paras oksigennya menurun akibat jangkitan kuman.
BACA JUGA Menghayati makna 1 Mei: Cerita ‘menteri pekerja’ ubah kehidupan banyak insan