Kad Pekerja MADANI beri manfaat kepada sejuta pekerja, ini fakta anda perlu tahu
Kad Pekerja MADANI merupakan satu inisiatif baharu kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Pekerja 2025.
Diperkenalkan Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kad Pekerja MADANI merupakan medium penyampaian faedah bersasar melalui pendekatan kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta.

Ia bertujuan membantu mangurangkan kos sara hidup warga pekerja, khususnya ahli kesatuan sekerja, menerusi pemberian diskaun dan faedah khas.
Inisiatif tersebut menawarkan pelbagai faedah termasuk diskaun untuk barangan dan perkhidmatan asas.

Ramai pekerja menyambut baik inisiatif tersebut dan menyifatkan kad itu sebagai hadiah terbaik daripada kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup.
Ditawarkan kepada lebih sejuta ahli kesatuan sekerja di seluruh negara, mereka yang berdaftar boleh menikmati faedah yang disediakan melalui kad ini. ​

Pemegang Kad Pekerja MADANI boleh menikmati diskaun sehingga 30% untuk barangan keperluan dan perkhidmatan daripada lebih 100 syarikat yang mengambil bahagian. ​
Antara syarikat yang terlibat termasuk AEON, Mydin, Jakel, Marrybrown, Genting, OldTown White Coffee, ZUS Coffee, SOCAR dan Bateriku.
Pekerja yang ingin mendaftar serta mahu mendapatkan manfaat kemudahan yang disediakan, boleh layari https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/member/register.
BACA JUGA Kekalahan Pas di Ayer Kuning: Retorik bodoh, politik dangkal dan jatuhnya hegemoni Hadi