Malaysia kini nombor 1 dunia dalam data terbuka! Ambil tahu apa maknanya untuk rakyat biasa
Malaysia baru-baru ini mencapai satu lagi ‘kejayaan senyap’ yang dianggap amat besar apabila berada di kedudukan pertama dunia dalam penilaian Inventori Data Terbuka (ODIN) 2024/25.
Daripada kedudukan ke 67 pada tahun 2023, Malaysia melonjak dengan sangat drastik untuk menduduki tangga pertama, mengalahkan Singapura yang sentiasa di kedudukan tiga teratas dalam penilaian tahunan.
Untuk rekod pada 2015, Malaysia duduki tangga ke-97. Di bawah Kerajaan MADANI, pada 2024 Malaysia merekodkan lompatan paling besar dalam sejarah ODIN mengalahkan 197 negara yang lain.
Namun apa itu ODIN?
Dalam bahasa mudah ODIN boleh dianggap seperti ‘report card’ dunia yang meneliti negara mana yang paling telus, paling rajin berkongsi data kepada rakyat.
Contoh data: Statistik penduduk, harga barang, tahap pendidikan, kadar pengangguran, bajet kerajaan dan macam-macam lagi.
Apa maknanya untuk rakyat? Apabila Malaysia diangkat nombor 1 dunia, ia bukan sekadar dapat piala. Tetapi maklumat yang dulu ‘eksklusif’ dan berbayar, sekarang milik semua.
Rakyat boleh tahu, nilai, soal dan buat keputusan sendiri.
Dan itu, bagi sebuah negara demokrasi – adalah satu bentuk kuasa sebenar.
Apa yang Kerajaan MADANI buat?
1. Data dulu kena bayar, sekarang percuma
Nak data penuh dari Jabatan Perangkaan (DOSM)?
Dulu kena bayar ratus ringgit, kadang ribu ringgit. Sekarang, semua percuma melalui OpenDOSM.
Dulu susah: format PDF, tak boleh edit, tak mesra pengguna. Sekarang: CSV, Excel, dashboard interaktif, boleh terus analisis.
2. Portal Data Pusat Diaktifkan
data.gov.my dan OpenDOSM jadi pusat rujukan satu pintu. Semua agensi kerajaan diminta kongsi data secara terbuka, tak boleh simpan sendiri-sendiri.
3. Gerak kerja menyeluruh
Gabungan MAMPU, DOSM, MOSTI, Unit Digital Negara – semua push untuk standard data antarabangsa.
Tapi apa yang rakyat biasa dapat?
1. Rakyat tak kena bayar untuk tahu apa yang berlaku
Tak perlu langgan, tak perlu surat permohonan – semua dah terbuka. Boleh tahu negeri mana paling ramai penganggur, sektor mana naik gaji, kawasan mana ramai pelajar tercicir.
2. Boleh buat keputusan lebih bijak
Nak buka kedai? Tengok data demografi dan ekonomi tempatan. Nak jual produk? Tengok tren pengguna dan statistik belanja isi rumah. Pelajar pun boleh guna data ini untuk buat tugasan dan kajian.
3. Cegah salah guna kuasa
Bila data terbuka, susah nak tipu. Rakyat boleh semak sendiri.
BACA JUGA Dah minta maaf tapi Papagomo boleh anggap dia “menang”