PMX tunai solat jumaat bersama jemaah di Masjid Bandar Saujana Putra

FOTO BERITA… Solat Jumaat bersama PMX di Masjid Bandar Saujana PutraKuala Langat Selangor 2hb Mei 2025 (Jumaat)

BANDAR SAUJANA PUTRA, 2 Mei 2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah tempatan di Masjid Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor.

Ketibaan beliau sekitar jam 1.15 tengah hari disambut mesra oleh pimpinan masjid, penduduk setempat serta pegawai-pegawai kerajaan yang turut hadir. Suasana masjid dipenuhi jemaah yang mengambil peluang menunaikan solat bersama pemimpin negara.

Dalam khutbah yang disampaikan, khatib mengenai Hari Pekerja yang jatuh pada 1Mei menyentuh mengenai peranan pekerja dan majikan

Selesai solat, PMX turut meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah serta mendengar keluhan ringkas daripada penduduk sekitar. Lawatan ini mencerminkan komitmen beliau untuk terus mendekati rakyat di semua peringkat dan latar belakang.

Program ringkas ini iberkati dengan PMX menandatangani buku pelawat dan bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Masjid dan beliau berangkat pulang sekitar jam 2.15 petang.