RUU Pembangunan Semula Bandar (PSB): Fakta bukan fitnah, pembangunan bukan penindasan

Pemuda Pas tuduh PSB sebagai penjajahan moden yang halau orang Melayu demi pemaju. Tuduhan ini tidak berasas dan hanya timbulkan ketakutan. Fakta sebenar jauh berbeza.

1. PSB Melindungi, Bukan Mengusir

    Tiada pengusiran paksa. URA perlukan persetujuan majoriti penduduk — 80% jika bangunan melebihi 30 tahun, 75% jika rosak, dan 51% jika terbengkalai. Ia menggantikan sistem lama yang menyekat pembangunan hanya kerana satu pihak tidak setuju.

    2. Pampasan Ikut Nilai Masa Depan

    Penduduk diberi pampasan ikut harga masa depan, bukan nilai semasa. Mereka juga terima bantuan sewa, bayaran ubah suai dan bantuan tunai tambahan sepanjang tempoh pembangunan.

    3. Melayu Tidak Diabaikan

    PSB bukan alat untuk menghalau Melayu. Ia bantu naik taraf kehidupan warga kota yang majoritinya Bumiputera. Perdana Menteri sendiri tegaskan Melayu tak akan dipinggirkan, malah diperkuat melalui perumahan yang lebih baik.

    4. Bukti Sudah Ada

    Projek Razak Mansion buktikan PSB berjaya. Sebanyak 5,748 unit moden dibina, dengan penduduk asal diberi keutamaan. Nilai pembangunan melebihi RM355 bilion.

      5. Rakyat Sokong PSB

        Di Kampung Sungai Baru, 89% penduduk setuju. Di Flat Kuchai Jaya, lebih 90% sokong, tapi projek tergendala kerana sistem lama yang perlukan 100% persetujuan.

        Kesimpulan

        PSB bukan penindasan. Ia penyelesaian kepada hidup yang lama terpinggir. Ia bukan konspirasi elit, tapi perjuangan untuk maruah rakyat.

        Inilah Malaysia MADANI yang berteraskan kasih sayang, kemajuan seimbang, keadilan dan rahmah untuk semua.


        Faris Ariffin ialah Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional.