Dua soalan tokoh veteran DAP buat Muhyiddin

Tokoh veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang melontarkan dua soalan kepada presiden Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pendirian Muhyiddin.

Ia ekoran kenyataan Muhyiddin semalam bahawa pendiriannya bahawa beliau ‘Melayu terlebih dahulu’ tidak lagi relevan.

Soalan pertama: Bilakah dia berubah daripada ‘Melayu terlebih dahulu, rakyat Malaysia kemudian’ kepada ‘rakyat Malaysia dahulu, Melayu kemudian’.

“Soalan kedua: Adakah dia bersedia memimpin satu kempen untuk menggesa semua rakyat Malaysia melihat diri mereka sebagai warga Malaysia dahulu, kaum kemudian?” soalnya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Isu ini bukan isu baru.

Lebih kurang 15 tahun lalu Lim mencabar Muhyiddin menyatakan sama ada dia melihat dirinya sebagai Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu.

Ketika itu Muhyiddin menyatakan bahawa dia melihat dirinya sebagai Melayu dahulu.

Semalam dalam satu acara anjuran parti komponen PN, MIPP, Muhyiddin berkata sentimen Melayunya sudah berlalu.

“Saya pernah kata saya Melayu terlebih dahulu. Itu tak penting lagi, saya seorang Melayu prihatin dengan semua rakyat Malaysia,” katanya.