PM terima kunjungan hormat dari syarikat gergasi dunia dalam pengkomputeran

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada syarikay gergasi dunia dalam sektor pengkomputeran, Advanced Micro Devices Inc. (AMD).

AMD telah bertapak di Malaysia sejak 1972 dan telah memainkan peranan yang penting dalam kemajuan sektor semikonduktor negara.

Kunjungan itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Lisa Su.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak berbincang mengenai hala tuju AMD dalam mendukung Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

“Syarikat tersebut menyambut baik kebijakan ini yang memberi tumpuan  kepada kepentingan negara terutamanya dalam mewujud serta menjamin rantaian bekalan dari pelbagai negara.

“Untuk maksud itu, Malaysia kekal optimistik terkait perkongsian strategik dengan syarikat-syarikat seperti AMD yang akan meletak serta melonjak negara ke arah yang lebih baik dalam ekosistem sektor ini untuk jangka masa panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari in