Cuba kalau MP DAP yang cadang, melompat lebai Pas
OLEH AHMAD MURSI
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal buat cadangan dangkal supaya peranan JAKIM urus pensijilan halal dipindahkan ke badan lain seperti MITI.
Alasannya, kononnya ketika di luar negara, dia ditegur kerana standard halal Malaysia terlalu rumit dengan pelbagai kerenah JAKIM.
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan (DAP) bangkit membantah cadangan Wan Fayhsal ini, malah minta supaya JAKIM itu diperkasakan, bukan ditarik keluar peranan itu.
Ada sebab kenapa standard halal JAKIM dianggap antara terbaik di dunia. Kalau jatuh ke tangan PN, habis rosaklah standard ini.
Kena ingat, yang bina standard halal JAKIM ni bukan PN-Pas walaupun dakwa mereka ‘terpaling’ pejuang Islam. Haji Hadi pun tak terlibat.
Yang bina ini ialah parti yang Pas anggap sekular, liberal, munafik dan pelbagai label-label lain.
Janganlah pula PN sibuk nak rungkai hal yang dah dibina dengan bersusah payah semata-mata nak layan permintaan dari negara luar.
Lebai-lebai Pas yang ada di Dewan semua senyap kaku tak bantah, yang kaki ponteng tu tak payah cakaplah.
Mujur ada MP DAP (yang Pas selalu labelkan ‘kafir harbi’), bangun bantah sikap MP Machang yang cuba cabar kedudukan pentadbiran halal ini.
Cuba kalau cadangan seumpama tu dari MP DAP, boleh tengok lebai-lebai Pas melompat seperti mencari najis babi tempoh hari. Hipokrit.
BACA JUGA Wan Fayhsal hina JAKIM, kata AMANAH Melaka