Pemilihan PKR: Anwar akan isi borang kemudian

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan parti hujung bulan ini.

Perkara ini disahkan beliau meskipun belum menghantar pencalonannya.

“Saya tak daftar lagi, (pencalonan untuk jawatan) presiden masih kosong…. saya isi (borang) kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas makan tengah hari di Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan Termasyhur di Putrajaya.

Dalam pada itu, beliau tidak mengulas berkenaan sokongan majoriti cabang agar Nurul Izzah Anwar bertanding untuk jawatan timbalan presiden.

Nurul disenaraikan sebagai calon yang akan mempertahankan jawatan naib presiden.

Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli ialah penyandang timbalan presiden. Beliau mengumumkan akan mempertahankan jawatannya.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dikatakan akan bertanding jawatan tersebut.

Setakat ini Nurul dan Saifuddin tidak mencalonkan diri untuk jawatan nombor dua parti.