Terima kasih rakyat Malaysia, Masjid Jamek Ar-Ridzuan kutip lebih RM2.3 juta

Tabung sumbangan untuk menyelamatkan Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu ditutup secara rasmi malam tadi.

Pengerusi Masjid, Yusuf Majid memaklumkan dana yang dikutip ketika ini melebihi RM2.3 juta.

Ia bagi menebus semula tanah wakaf yang bernilai RM1.8 juta yang dijual kepada seorang individu bukan beragama Islam

“Terima kasih umat Islam dan rakyat Malaysia kerana bantu tebus masjid kami,” katanya kepada media malam tadi.

Menurut laporan media, pihak masjid akan ke Ipoh hari inibagi sesi penerangan dan perbincangan dengan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk).

“Selepas itu kita akan berunding sesama ahli jawatankuasa untuk proses seterusnya dan kemungkinan akan melantik peguam untuk sesi pembelian tanah nanti.

“Mengenai wang lebihan lebih RM 500,000 itu kita berharap ia dapat digunakan untuk proses atau pengurusan jual beli tanah.

“Selebihnya kita akan gunakan untuk aktiviti pertanian dan hasilnya nanti kita masukkan dalam tabung untuk perjalanan masjid ini namun kita akan merujuk perkara itu dengan MAIPk terlebih dahulu sama ada boleh digunakan atau tidak,” katanya kepada media semalam

BACA JUGA Status NFA bukan bermaksud siasatan dihentikan – Bukit Aman buka mulut