Google beli tanah di Port Dickson, mereka nak buat apa?

Google menerusi anak syarikatnya Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd telah membeli tanah seluas 389 ekar yang bernilai RM455.23 juta di Port Dickson daripada syarikat Gamuda Bhd.

Tanah ini akan dijadikan tapak mega pusat data Google di Malaysia.

Pada peringkat awalnya, Gamuda sendiri ingin membangunkan pusat data tersebut.

Gamuda tetap akan terlibat dalam pembangunan bernilai RM1.01 bilion untuk kerja-kerja infrastruktur luar dan kerja tanah.

Selain itu Gamuda akan turut terlibat dalam pembinaan loji rawatan air baharu dengan kapasiti 65 juta liter sehari yang dijangka siap menjelang suku kedua 2027, dan kemudahan simpanan air luar sungai menjelang akhir 2028.

Pembinaan pusat data ini akan meningkatkan permintaan untuk pekerjaan dalam bidang kecerdasan buatan, pusat data dan sebagainya.