SKMM geledah premis Aliff Ahmad, kenapa ya?
Suruhanjaya Komunikasi dan Multmedia Malaysia (MCMC) telah menggeledah premis pengasas bersama Scrut Auto, Aliff Ahmad semalam.
Siasatan oleh MCMC dipercayai berhubung isu 3R yang merujuk kepada agama, kaum dan institusi diraja.
Aliff yang juga pempengaruh media sosial megesahkan perkara ini menerusi akaun Facebooknya yang kedua.
“Pemeriksaan terbabit dilaksanakan selepas MCMC memperoleh waran geledah dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengikut peruntukan Seksyen 247 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Hasil pemeriksaan itu, sebuah telefon bimbit dan satu kad SIM disita untuk tujuan siasatan lanjut,” kata MCMC dalam kenyataan hari ini.
Tambah MCMC selain sesi pemeliharaan data dan rakaman percakapan turut diadakan di Balai Polis Pudu semalam.
“MCMC ingin menegaskan tindakan dilaksanakan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang yang termaktub di bawah AKM 1998.
“Orang ramai dinasihatkan memberi ruang supaya siasatan dapat dilengkapkan dengan telus dan menyeluruh,” katanya.
BACA JUGA: Peguam terangkan sudut undang-undang kenapa Aliff disiasat SKMM kerana posting tentang Nurul Izzah