FMI 2025 bakal cipta sejarah sukan Muaythai Tempatan

FFOTO BERITA: Sidang Media “Fight Night Muaythai Intwrnational” di Hotel Maya Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 10hb Mei 2025 (Sabtu)

Kelab Muaythai Kala Merah dengan kerjasama Persatuan Muaythai Malaysia (PMM), Kelab Muaythai Kala Merah (KMKM) dan Persatuan Muaythai Kuala Lumpur (PMKL) dengan bangganya menganjurkan Kejohanan Muaythai “Fightnight Muaythai International (FMI) 2025” yang bakal berlangsung di Dewan Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 24 Mei 2025.

Hadir sama dalam sidang media ini tokoh penting yang memainkan peranan utama dalam menjayakan kejohanan, Dato’ Hairudin Yunos Pengerusi Kelab Kala Merah, Md Farek Md Urep, Penganjur Bersama / Penasihat Teknikal, En. Saifulnizam Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) dan Emrita Alis Timbalan Presiden Muaythai Melaka.

Dato’ Hairudin menyatakan bahawa kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sengit antara atlet tempatan dan antarabangsa, malah berperanan sebagai platform pembangunan sukan tempur yang mampu melonjakkan nama Malaysia di pentas dunia.

Kejohanan berprestij ini menghimpunkan lebih daripada 250 atlet Muaythai amatur dan 18 atlet profesional antarabangsa, mewakili enam negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Iran dan Yaman. Penganjuran ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak seperti Persatuan Muaythai negeri-negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), badan bukan kerajaan (NGO), serta komuniti dan peminat sukan Muaythai dari seluruh negara.

Kelab Muaythai Kala Merah (KMKM), selaku penganjur utama, merupakan sebuah kelab berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Ia terdiri daripada kumpulan penggiat dan penyokong sukan Muaythai yang aktif dalam memperkasa pembangunan atlet dan memperluas pengaruh sukan ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sepanjang tahun, KMKM aktif menganjurkan pelbagai kejohanan dan aktiviti pembangunan bakat di seluruh negara.

Objektif utama kejohanan menjadikan Malaysia sebagai kuasa besar sukan Muaythai di peringkat antarabangsa.

Mempromosikan pelancongan sukan menerusi kolaborasi dengan agensi kerajaan dan encungkil serta mengetengahkan bakat atlet Muaythai tempatan.

Mewujudkan ruang integrasi antara kaum dan etnik melalui penyertaan seluruh Malaysia, termasuk dari Sabah dan Sarawak dan Menampilkan keindahan dan nilai seni tempur Muaythai dalam format amatur dan profesional, selari dengan aspirasi Malaysia Madani – Perpaduan Melalui Sukan.

Penganjuran FMI 2025 bukan sahaja menjadi medan pertarungan sengit antara atlet hebat, malah menjadi simbol penyatuan komuniti dan lonjakan sukan Muaythai ke tahap lebih tinggi di persada dunia.

Dalam sidang media ini, tiga orang atlet tempatan yang akan beraksi dalam kejohanan turut diperkenalkan sebagai wakil pejuang masa depan Muaythai negara iaitu Khuzairi Azim Mohd Kamal, dari Respect Fighter KL7 – Kategori 50kg, Nur Dhea Salsabila Saifulddin Yusof, dari Respect Fighter Gym – Kategori 45kg dan Mohamad Rashid Bin Mohd Redzuan (Rashid), dari Empire Akademi Singa Bersatu – Kategori 63kg