Mulanya 36 tapi 28 ahli PKR dipecat, ini sebabnya

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh mengesahkan 28 ahli parti termasuk mereka yang menang bertanding, dipecat berbanding 36 ahli sepatutnya.

Menurutnya, 11 daripada mereka membuat rayuan seterusnya diterima semula menjadi ahli selepas mengemukakan bukti komitmen sebagai ahli seperti surat sokongan dan rekod kegiatan pada peringkat akar umbi.

“Selepas pusingan pertama pencalonan pada peringkat Cabang, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengenal pasti seramai 36 ahli untuk dipecat.

“Namun begitu, 11 daripada mereka membuat rayuan dan jumlah yang dipecat adalah seramai 28 ahli termasuklah mereka yang menang dalam pemilihan,” katanya, lapor BH.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata, pihaknya memerlukan bukti yang kukuh sebelum tindakan pecat dilakukan oleh parti walaupun ada yang sudah memenangi pemilihan.

BACA JUGA Kereta rasmi dipecah, MP Sri Gading seru henti politik taksub melampau