PM Anwar ke Rusia, demi Malaysia dan ASEAN
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah penting kepada Malaysia dan ASEAN dalam konteks pertubuhan serantau tersebut dipengerusikan oleh Malaysia.
Malaysia dan ASEAN sangat memerlukan Rusia bagi meluaskan hubungan dagangnya terutama dalam teknologi aeroangkasa dan pertanian, menurut pensyarah kanan politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali.
“Kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara adalah sebagai Pengerusi Asean. Kahadiran Datuk Seri Anwar ke forum ekonomi di Kazan ini adalah mewakili rantau yang kuat dari sudut ekonominya yang mempunyai lebih 500 juta penduduk,” kata Dr Mazlan.
Kedua-dua Malaysia dan Rusia juga pentinga dalam bidang perkapalan dan perikanan.
“Sebagai Pengerusi Asean, Malaysia boleh menjadi wakil negara-negara Asean untuk menyuarakan hak dan kepentingan Asean terutama dalam bidang teknologi aeroangkasa dan juga pertanian yang sangat diperlukan Malaysia dan Asean.” katanya.
Anwar berada di Moscow untuk lawatan rasmi empat hari mulai hari ini.
Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang menerima sambutan dengan kawalan kehormat dalam tempoh hampir dua dekad.
Allahyarham Tun Abdullah Badawi mendapat sambutan sebegitu pada tahun 2007.
Anwar dijadualkan bertemu pemimpin industri utama Rusia untuk mendapatkan lebih banyak pelaburan berimpak tinggi.
Beliau juga akan menghadiri Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik Russia-Islamic World dan KazanForum di Kazan.