Tauliah mengajar: Ulama Pas didakwa berbohong
Ketua Dewan Ulama Pas Perak, Ibrahim Zakaria didakwa berbohong apabila tidak menyatakan jawatan yang dipegang dalam borang memperbaharui tauliah mengajar bagi sesi 2024 hingga 2029.
Hal tersebut didedahkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim hari ini.
Ibrahim dikesan merupakan antara penceramah jemputan bagi pengajian kuliah bulanan di sebuah masjid di Kuala Kangsar.
Turut ‘kantoi’ ialah Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak, Fairuz Hafizh Othman.
“Saya telah menjalankan semakan rasmi dgn pihak Jabatan Mufti berkaitan status tauliah KDU (Ketua Dewan Ulama) Pas.
“Ternyata Ustaz Ibrahim tidak menyatakan jawatan yang dipegang dalam parti Pas Perak dalam borang perbaharui tauliah mengajar bagi sesi 2024-2029.
“Manakala Ustaz Fairuz Hafiz Othman, SU PAS Perak tidak perbaharui tauliah kerana memegang jawatan utama dalam parti PAS Perak.
“Mereka ini jelas derhaka dengan Titah Tuanku Sultan Perak,” tegas Hasnul lagi.
BACA JUGA ‘Kantoi’ dua penceramah jemputan kuliah di masjid rupanya pemimpin Pas Perak