Teka-teki ‘seram’ Presiden Putin kepada PMX
Oleh SUZAIME ZAKARIA
Ketika sidang media bersama Malaysia-Russia, PMX dan Presiden Putin saling memberikan ucapan.
Tiada yang menarik. Semuanya macam biasa, mengikut protokol sehinggalah Presiden Putin menceritakan satu kisah.
“Saya difahamkan Perdana Menteri (merujuk kepada PMX) adalah seorang yang memiliki minat yang tinggi terhadap sejarah, budaya dan kesusasteraan kami (Russia).

“Jadi tadi, ketika kami melewati Dewan Saint Andrew, saya bertanya kepada Perdana Menteri.
“Di situ ada tiga singgahsana (kerusi). Satu buat raja, satu untuk permaisuri dan ada satu lagi.
“Kamu rasa milik siapakah singgahsana (kerusi) ketiga itu?
“Tanpa berfikir panjang, Perdana Menteri terus menjawab.
“Isteri keduanya!

“Saya harap beliau tidak marah pada saya yang menceritakan kisah ini.
“Ini sebenarnya jawapan bagi seorang Muslim yang sejati. Jawapan bagi seorang wakil dunia Islam.
“Saya ingin katakan, walaupun nilai tradisi kita tak sama, namun saya sangat menghargai pertukaran maklumat ini.”
PMX kemudiannya menjawab sambil ketawa.

“Saya terpaksa menjawab kisah ini. Saya sebenarnya hanya ada satu isteri. Dan saya telah gagal apabila diuji oleh Presiden tadi.
“Tadi sebenarnya Presiden menguji saya dengan soalan yang mengelirukan dengan bertanyakan milik siapakah kerusi ketiga itu.
“Kerusi di kanan, saya jawab milik isteri. Kerusi di kiri, saya jawab isteri kedua.
“Saya gagal menjawab dengan tepat. Saya telah gagal dalam ujian ini.
“Sebenarnya kerusi kedua yang di sebelah kiri itu adalah milik ibunya.”
Mereka kedua-duanya ketawa.
Bukan senang untuk melihat Putin ketawa dan tersenyum.
PMX dalam hal ini kelihatan sangat bijaksana menggunakan pengalaman beliau untuk berhadapan dengan seni diplomasi Putin.
BACA JUGA Pelancong asing ke Malaysia sangat terharu cara beg mereka dikendalikan di KLIA