Siapa Mufti Wilayah Persekutuan selepas Dr Luqman?

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memuatnaik poster ucapan penghargaan dan terima kasih terhadap Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Abdullah atas khidmat bakti sepanjang tempoh pelantikan beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan dan Ahli MAIWP.

“MAIWP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan amanah yang telah ditunaikan dengan penuh dedikasi,” menurut MAIWP menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dr. Luqman, 55, dilahirkan di Kampung Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan.

Beliau yang juga anak kepada seorang ulama terkenal, Allahyarham Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan sejak 15 Mei 2020.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) berkenaan menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

BACA JUGA Akhirnya pemandu lori didakwa atas 9 pertuduhan