77 Tahun Nakbah Palestin Luka Yang Belum Sembuh

.

FOTO BERITA: Himpunan Memperingati Peristiwa Hari Nakbah Palestin (15 Mei 1948) di Masjid Tabung Haji Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. 16hb Mei 2025 (Jumaat)

15 Mei 1948 menandakan genap 77 tahun peristiwa tragis Nakbah, satu titik hitam dalam sejarah kemanusiaan apabila ratusan ribu rakyat Palestin diusir dari tanah air mereka sendiri selepas tertubuhnya negara haram Israel.

Himpunan Memperingati Hari Nakbah Palestin diadakan dari Masjid Tabung Haji ke British High Commission Menara Binjai dan menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak

.

Acara yang berlangsung selepas solat Jumaat itu bertujuan mengingati peristiwa tragik yang mana ratusan ribu rakyat Palestin diusir dari tanah air mereka selepas penubuhan negara haram Israel. Himpunan ini turut menjadi simbol solidariti rakyat Malaysia terhadap perjuangan dan penderitaan berpanjangan yang dialami oleh rakyat Palestin.

Himpunan dianjurkan oleh gabungan NGO pro-Palestin, aktivis kemanusiaan, serta disertai oleh ratusan orang awam yang membawa sepanduk, bendera Palestin, dan melaungkan slogan membantah penindasan terhadap rakyat Palestin.

Pihak penganjur menekankan masyarakat antarabangsa agar terus bersuara menentang kezaliman rejim Zionis dan menuntut keadilan serta pembebasan Palestin. Mereka juga menggesa kerajaan Malaysia agar memperkukuh tekanan diplomatik dan menyokong tindakan di peringkat antarabangsa untuk menghentikan kekejaman tersebut.

Haimpunan ini dijalankan secara aman dan patuh kepada undang-undang, selain turut mengedarkan risalah penerangan tentang sejarah Nakbah serta perkembangan terkini di Gaza dan Tebing Barat.

Pengusiran paksa, rampasan tanah, serangan terhadap penduduk awam termasuk wanita dan kanak-kanak, serta penafian hak untuk kembali ke tanah air—semuanya terus berlaku, tanpa keadilan dan penyelesaian yang nyata. Rakyat Palestin kini hidup dalam kepungan, pelarian, dan penindasan yang tiada kesudahan.

Himpunan berakhir dengan doa munajat khas untuk keselamatan dan kebebasan rakyat Palestin. Tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan sepanjang acara berlangsung Himpunan berakhir dengan doa munajat khas untuk keselamatan dan kebebasan rakyat Palestin. Tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan sepanjang acara berlangsung

f