Lagi detik buat penyokong Pas, PN tambah ‘sakit jiwa’ dengan PMX

Perkongsian detik-detik Perdana Menteri mesra menyantuni ulama di Russia dilihat turut mengundang usikan warganet.

Ramai meninggalkan komentar dengan berharap agar penyokong Pas dan Perikatan Nasional (PN) tidak ‘sakit jiwa’ melihatkan keakraban Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Islam dunia.

Terdahulu, Anwar memberitahu beliau bersyukur kerana berpeluang menunaikan solat Jumaat semalam di Masjid Märcani yang merupakan antara masjid tertua di Kazan.

Perdana Menteri berkata, masjid berkenaan antara mercu tanda penting warisan Islam di Tatarstan.

“Masjid ini masih berdiri megah sejak dibina pada abad ke-18 selepas umat Islam kembali diberikan hak untuk beribadah secara terbuka oleh Catherine the Great.

“Ia merupakan masjid pertama yang dibina selepas berabad lamanya Islam ditekan susulan penaklukan Kazan oleh Ivan the Terrible.

“Saya kagum menyaksikan sendiri bagaimana rumah ibadah ini terus menjadi lambang kerukunan dan keharmonian beragama dalam semangat saling menghormati yang kita dambakan dalam dunia yang kian rencam,” katanya.

Menerusi hantaran yang sudah meraih 5,000 tanda ‘like’ setakat ini, dilihat ulama di sana mesra dan akrab sepanjang kunjungan Perdana Menteri.

“Terbaik DSAI. Jangan ada yang sakit mata dan sakit jiwa,” kata Rahimee Ishak.

“Walaun dan PN cemburu sangat keakraban PMX dengan para ulama dunia dan tidak hiaranlah beliau di tempat ke-15 dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia. Syabas PMX. Semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan terbaik oleh Allah SWT. Amin!” tulis Mehmed Ishmael.

Tak pernah jemu tgk cara PMX menyantuni para ulama dunia..moga Allah slalu merahmati insan hbt ini,” doa Alif Anuar pula.