Hati-hati enam negeri ini djangka alami ribut petir, hujan lebat sehingga 3 petang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 3 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikemas kini pada memaklumkan, perubahan cuaca dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan; serta Perak di Larut, Matang dan Selama, serta Hulu Perak).
Amaran sama turut melibatkan kawasan di Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Sarawak, khususnya di bahagian Mukah meliputi Tanjung Manis, Daro dan Matu.
MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan infrastruktur yang mungkin berlaku akibat keadaan cuaca buruk ini.