Tiga individu menipu pakej haji kena tangkap di Makkah
Tiga individu yang disyaki mendalangi satu skim penipuan melibatkan iklan pakej haji palsu berjaya ditangkap pihak peronda keselamatan di Makkah.
Menurut laporan media tempatan, tiga individu itu adalah pemastautin Indonesia yang membuat kegiatan penipuan melalui media sosial.
Mereka didakwa menawarkan perkhidmatan penginapan dan pengangkutan yang tidak wujud untuk jemaah di kawasan tanah suci.
Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan, suspek ditahan dan prosiding undang-undang sudah dimulakan terhadap mereka sebelum dirujuk kepada Pendakwa Raya.
Keselamatan Awam Arab Saudi menggesa rakyat dan pemastautin untuk mematuhi peraturan dan garis panduan rasmi berkaitan haji.
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengeluarkan amaran terhadap kempen haji palsu, pejabat tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan kepada jemaah, serta iklan yang mengelirukan.
BACA JUGA Ini fakta MyKiosk yang cuba disembunyikan, nombor 4 tu semua buat tak nampak