Ibu bapa jangan kalut, ketahui senarai 71 sekolah laksana PdPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Mengambil kira faktor penutupan jalan dan kawalan keselamatan yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Kesemua sekolah terbabit terletak di kawasan Keramat, Sentul, Bangsar, Pudu, Petaling Utama, Petaling Perdana dan Sepang.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), PdPR tersebut bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di sekolah-sekolah yang terlibat tidak terjejas.

“Ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR,” kata KPM.

KPM juga yakin bahawa pengalaman pengalaman melaksanakan PdPR sewaktu pandemik dan semasa dalam situasi bencana sebelum ini dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah terpelihara.

Berikut adalah senarai 71 sekolah terlibat:

Kuala Lumpur (Keramat)
  1. SMK Convent Bukit Nanas
  2. SMK Puteri Wilayah
  3. SMK Padang Tembak
  4. SMK Puteri Ampang
  5. SMK Seri Ampang
  6. SMK Puteri Titiwangsa
  7. SMK Seri Titiwangsa
  8. St John Institution
  9. SK Convent 1 dan 2 Bukit Nanas
  10. SK St John 1
  11. SJKC Nan Kai
  12. SK Kg Bharu
  13. SK Pendidikan Khas Kg Bharu
  14. SJKT Jalan Fletcher
  15. SK Jalan Kuantan 2
  16. SK Padang Tembak 1
  17. SK Padang Tembak 2
  18. SK Polis Depot Keramat
  19. SK Jalan Gurney 1
  20. SK Jalan Gurney 2
  21. SK Jalan Raja Muda
  22. SJKC Lai Meng
Kuala Lumpur (Sentul)
  1. SMK Maxwell
  2. SMK Kiaramas
  3. SJKT Appar
  4. SJKC Chung Kwok
  5. SK (L) Jalan Batu
  6. SK(P) Jln Batu
  7. SK Pendidikan Khas Jln Batu
  8. SJKC Chung Kwok
  9. SK Kiaramas Sentul
Kuala Lumpur (Bangsar/Pudu)
  1. SMK (P) Bandaraya
  2. SMK (P) Jalan Pudu
  3. SMK (P) Methodist Kl
  4. SJKC Kuen Cheng 1
  5. SK Jalan Hang Tuah
  6. SK (P) Pudu
  7. SJKC Kung Min
  8. SK Jalan Pasar
  9. SK Dato Abu Bakar
  10. SK Sultan Hishamuddin Alam Shah
Selangor (Petaling Utama)
  1. SK Lembah Subang
  2. SK Assunta (Satu)
  3. SK (L) Bukit Bintang (1)
  4. SK Methodist, PJ
  5. SK Jalan Selangor (Satu)
  6. SK 2 Jalan Selangor
  7. SK Satu Sultan Alam Shah
  8. SK 2 Sultan Alam Shah
  9. SK Sungei Way
  10. SJK(T) Vivekananda
  11. SMK Sri Utama
  12. SMK Lembah Subang
  13. SMK Assunta
  14. SMK (L) Bukit Bintang
  15. SMK Katholik
  16. SMK La Salle, PJ
  17. SMK Sultan Abdul Samad
  18. SMK (P) Tmn Petaling
SK 2 Sultan Alam Shah
Selangor (Petaling Perdana)
  1. SK TUDM Subang
  2. SK TTDI Jaya
  3. SK Bukit Jelutong
  4. SMK TTDI Jaya
  5. SMK Shah Alam
  6. SMK Bukit Jelutong
Selangor (Sepang)
  1. SK Cyberjaya
  2. SK Taman Putra Perdana
  3. SK Taman Putra Perdana 2
  4. SJK (C) Union
  5. SMK Cyberjaya
  6. SMK Putra Perdana

BACA JUGA ‘Renyeh nampak Panglima Perang PN’