Cemas muka anak jadi biru, rupanya belon punya angkara

Oleh NURUL HUDA ZULKHAIRI

Sambutan hari lahir yang saya dan suami buat pada 20 Mei lalu sepatutnya menjadi hari paling gembira buat anak saya.

Namun, ia berubah menjadi detik bersejarah dalam hidup kami apabila saya hampir kehilangan anak saya hanya kerana sebiji belon yang belum ditiupkan lagi.

Sempena meraikan hari lahir anak saya, saya menjemput kesemua kawan baik serta cikgu dari zaman tadika hinggalah sekolah rendah.

Anakanda saya sangat gembira ketika ini sebab kawan baik dia dari zaman tadika masa kami tinggal di Bertam pun turut hadir. Mama dan baba buat semua ni untuk gembirakan awak, sayang mama.

Ketika saya dan suami sedang asyik melayan tetamu yang hadir, anak saya sedang bermain berlari-lari dengan kawan baiknya.

Sebelum kejadian, anak saya sempat duduk di meja saya sambil minum air yang dia campurkan perisa dari dua perisa jadi satu perisa.

“Mama nak rasa tak? Uwais campur dua air ni.”

Saya pun ambillah minum dan cakap “ha’ah lah abang, sedaplah.”

Selepas dia dah habis minum dengan kawannya di meja saya, mereka pun berlalu pergi dan sambung bermain lari-lari di dalam rumah.

Saya pun kembali borak dengan kawan-kawan kerja saya dulu dan baru nak makan nasi kerabu. Baru nak menjamah makanan yang ada sebab tetamu terlalu ramai sebelum itu.

Jantung berhenti

Sebelum kejadian, adik ipar saya (Zahidah) ada maklumkan dekat abangnya, “Uwais macam semput tu”.

Suami saya pun cakap sekejap nak mengambil pam gas yang memang kami dah siap-siap sejak dulu Uwais selalu kena serangan asma dulu.

Tiba-tiba keadaan kembali tegang apabila adik ipar saya (Nabil) berlari bawa anak saya dekat suami saya dengan keadaan anak saya biru ketika itu. Jantung dah berhenti.

Suami dan kawannya buat beberapa prosedur. Mereka ingat anak saya mungkin tersedak makanan.

Namun, setelah cuba CPR dan gunakan satu teknik apa yang saya tak ingat nama untuk keluarkan makanan masih lagi gagal.

Tanpa lengah masa, suami saya cakap dekat kawan, dah jom ke hospital sekarang.

Semasa ini, suami saya cakap 50-50 untuk survive sebab jantung dia dah berhenti. Muka Uwais jadi biru.

Kawan suami saya Dr Rafiq dengan pantas membawa kereta sangat laju ketika ini, dan sambil bagi arahan kepada suami saya kena buat apa.

Ketika ini suami saya dah blur, nak kena buat apa. Anaknya terkulai kaku kebiruan atas riba ayahnya.

Ayahnya terus buat CPR, untuk bagi darah mengalir juga keseluruh badan. Dengan harapan darah terus mengalir hingga ke otak.

Pilihan akhir, ayahnya terpaksa blowing mulut anaknya sendiri untuk bagi bantuan penafasan.

Apabila sampai di hospital, semua doktor dan jururawat bertungkus-lumus untuk selamatkan anak saya.

Ketika mereka ingin melakukan proses intubate, mereka nampak ada belon di dalam saluran penafasan anak saya.

Doktor cepat-cepat keluarkan belon tersebut dan terus lakukan CPR.

Alhamdulilah, nyawa anak saya Allah pulangkan kembali.

Terima kasih kepada team ED Hospital kulim yang begitu pantas attend anak saya.

Terima kasih juga kepada team PICU Hospital Sultanah Bahiyah yang begitu teliti merawat Uwais.

Segalanya berlaku begitu pantas. Rupanya Uwais bergurau dengan kawan baiknya, memasukkan belon ke dalam mulut dan sambil berlari-lari dan mungkin anak saya tersedak lalu tercekik.

Kisah ini saya kongsikan sebagai peringatan buat semua ibu bapa.

Perkara kecil yang kita anggap remeh seperti sebiji belon, boleh menjadi punca musibah besar jika tidak diawasi.

Jangan ambil mudah, kerana saya sendiri hampir kehilangan anak saya.

Doakan Uwais terus kuat. Doakan dia kembali pulih sepenuhnya. Terima kasih kepada semua yang tak henti-henti menghulurkan doa dan sokongan.

Kerana sebiji belon, saya hampir kehilangan anak. Tetapi kerana kasih sayang, doa dan harapan. Mama percaya Uwais akan kembali tersenyum seperti dulu.

Mama tunggu abang tau! Terima Kasih Allah kerana masih meminjamkan Uwais buat saya.

BACA JUGA Padah serah salinan IC dan slip gaji kepada abang, nak beli rumah dah tak dapat