SEKPUR bantah Perhimpunan Melayu Berdaulat ketika kehadiran ketua-ketua negara ASEAN

FOTO BERITA: Sidang Media berhubung bantahan Perhimpunan Melayu Berdaulat semasa kehadiran delegasi Ketua Negara Asean oleh Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat #SEKPUR di Lobby Lazdana Hotel, Jalan Putra Kuala Lumpur. 23hb Mei 2025 ( Jumaat )

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (#SEKPUR) hari ini mengadakan sidang media khas di Lobi Hotel Lazdana, Jalan Putra, Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan terhadap penganjuran Perhimpunan Melayu Berdaulat yang dijadualkan berlangsung semasa kehadiran delegasi ketua-ketua negara ASEAN ke Malaysia.

Timbalan Pengerusi #SEKPUR Shahbudin Embun berkata, pihak sekretariat menegaskan bahawa penganjuran perhimpunan tersebut bukan sahaja tidak wajar pada ketika Malaysia menjadi tuan rumah kepada pemimpin-pemimpin tertinggi serantau, malah berisiko mencetuskan persepsi negatif terhadap kestabilan dan perpaduan negara.

“Malaysia kini berada di bawah tumpuan dunia dan menjadi hos kepada pemimpin ASEAN. Sebarang tindakan yang boleh mengganggu imej negara atau mencetuskan ketegangan kaum perlu dielakkan,” katanya dalam sidang media itu

Perhimpunan Melayu Berdaulat dilihat tidak mencerminkan semangat ASEAN yang menekankan prinsip perpaduan, toleransi dan saling menghormati antara komuniti pelbagai latar belakang.

SEKPUR turut menyuarakan kebimbangan terhadap penyalahgunaan platform media sosial untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan menuntut agar pihak berkuasa mengambil langkah proaktif dalam memantau serta mengawal penyebaran maklumat palsu dan bersifat provokatif.

“Kami percaya hak bersuara dan berhimpun adalah sebahagian daripada demokrasi, tetapi ia perlu dilakukan secara bertanggungjawab dan tidak menjejaskan keharmonian negara serta hubungan diplomatik,” tambah Setiausaha, Mejar (B) Razali Zakaria

Sidang media itu turut dihadiri oleh Abdul Rani bin Kulup Abdullah merupakan seorang aktivis dan pesara tentera di Angkatan Tentera Malaysia beberapa aktivis masyarakat yang menyatakan sokongan terhadap usaha untuk mengekalkan keharmonian nasional dalam tempoh diplomatik