Malaysia teratas di dunia dalam pelancongan perubatan

Malaysia menduduki tempat teratas di dalam bidang pelancongan perubatan dan penjagaan kesihatan luar negara, menurut Nomad Capitalist.

Malahan tiga kedudukan teratas dibolot oleh negara-negara Asia Tenggara. Singapura di tempat kedua dan diikuti oleh Thailand di tempat ketiga.

Menurut maklumat yang dikongsikan oleh laman Facebook SEA Infographics, Malaysia menerima lebij dari 500,000 pelancong perubatan setiap tahun.

Kebanyakannya datang dari Asia.

Antara faktor yang menjadi daya tarikan adalah pembangunan infrastruktur, kos rendah dan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi.

Kemudahan perubatan yang ditawarkan menyaingi Singapura pada harga yang lebih rendah.

Pelbagai jenis rawatan ditawarkan di Malaysia termasuk yang berkaitan prosedur jantung.

BACA JUGA: HKL, HPP antara hospital awam terbaik di Malaysia menurut Newsweek